Wanita bertuah kerana mempunyai rahim.
Tuesday, 24 April 2012 | 3:29 pm | 0 p0tpEt(s)
Assalamualaikum ^-^
Hype !
Wahai wanita di luar sana ! Anda beruntung taw sebab ade rahim. Kenapa ? Haa, korang ade banyak kelebihan. Meh baca kat bawah nie :-
1 - Wanita bekerja dengan Allah iaitu menjadi 'kilang manusia'.
2 - Tiap-tiap bulan wanita diberi cuti bergaji penuh, yang mana 7 hingga 15 hari sebulan wanita tidak wajib solat tetapi Allah anggap diwaktu itu solat terbaik darinya.
3 - Allah memberikan kepada wanita cuti bersalin sehingga 60 hari kerana wanita telah bekerja dengan Allah. Bagi kaum lelaki, mereka wajib solat dari baligh sehingga habis nyawanya kerana tiada cuti solat untuk kaum lelaki.
4 - Sepanjang wanita mengandung, Allah sentiasa mengampunkan dosanya. Apabila lahir sahaja bayi, maka seluruh dosanya habis. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, ia dianggap sebagai mati syahid dan Allah izinkannya terus masuk Syurga.
5 - Bagi wanita yang sudah bersuami : Isteri akan mendapat pahala daripada semua kebaikan suaminya, tetapi dosa-dosa suaminya, dia tidak tanggung.
6 - Diakhirat nanti, seorang wanita solehah akan terpernjat dengan pahala extranya yang diterimanya atas segala kebaikan suaminya tanpa disedari. Apabila melihat suaminya terhegeh-hegeh di titian Sirat, dia tidak akan masuk Syurga tanpa suaminya, maka dia memberikan pahalanya kepada suami supaya lepas masuk Syurga.
7 - Suami mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah. Segala dosa-dosa anak dan isteri yang tak dididik akan ditanggung olehnya. Wanita perlulah faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya dan lelaki perlu fahami hati naluri seorang wanita mahupon isteri agar tidak derhaka denganNya.
Wahh, hebatkan wanita ? Bersyukurlah dengan kelebihan yang Allah telah kurniakan pada diri korang. Dan tak lupa jugak, hormatlah suami anda supaya kehidupan anda diberkati. ;)