Selamat Datang | Blog saya tak sehebat blog awak. ;) | Do follow mine kalau mahu | DASHBOARD



Bel0g AkU pUnyEr sUkEr <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d1409074886836510992\x26blogName\x3dbEl0g+AkU+pUnyEr+sUkEr\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://missp0tpet.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://missp0tpet.blogspot.com/\x26vt\x3d-1674981235031040917', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
cEritErA

0wnEr

tUt0riAl

iNf0
Tanda-tanda lelaki pengikis duit wanita.
Thursday 8 March 2012 | 11:44 pm | 2 p0tpEt(s)

Assalamualaikum  ^-^


Hype !


Kalau tengok dari segi penampilannya, oh mak aiii... Bukan main bergaya, kemas, segak, dan ada kalanya mengaku yang dia mempunyai karier yang bagus dan stabil. Tapi sayang, semakin lama kehidupannya, lelaki ini hanya bergantung hidup berbekalkan sumber kewangan wanita yang menjadi pasangannya. Lelaki yang termasuk dalam kategori ini dikenali sebagai 'gold digger' atau pengikis duit wanita.

Bukan mudah untuk mengenal pasti lelaki yang dianggap sebagai pengikis duit wanita. Lebih-lebih lagi, ketika di awal perkenalan. Kebanyakan lelaki sering tampil dengan keadaan yang sempurna di awal perkenalan dan mereka seolah-olah sudah memahami akan perasaan anda. Sehinggakan diri anda sendiri terbuai dengan kesempurnaan yang ditonjolkan itu.

Setelah jatuh cinta antara satu sama lain, maka secara perlahan-lahan lelaki tersebut akan mula mengatur strateginya untuk mengambil kesempatan dan mengikis duit anda.  Di sini ada lima tanda-tanda lelaki yang anda dampingi itu seorang pengikis duit wanita.




1) BISNESS atau KARIER tanpa bukti.

      Si dia mengakui memiliki perniagaan sendiri, namun tidak bersedia untuk memberitahu anda lokasi perniagannya atau pejabatnya dan ini merupakan salah satu tandanya yang amat jelas sekali. Ditambah lagi, karekter pasangan anda itu langsung tidak tampak seperti seorang ahli perniagaan atau individu berjawatan tinggi.
      Dalam masa yang sama, dia tidak pernah langsung kelihatan sibuk dengan pekerjaannya. Sebaliknya, lelaki ini lebih banyak menghabiskan masa terluang dengan melepak atau berhibur bersama kawan-kawannya.


2) Memanfaatkan KELEMAHAN perempuan.

      Lelaki dalam kategori ini hanya fokus atau berminat pada kekayaan yang dimiliki perempuan. Mereka tidak pernah memikirkan soal kecantikan yang dimiliki wanita itu, mahupun umur wanita.
      Kecenderungannya, lelaki pengikis duit wanita ini hanya mencari pasangan yang kurang keyakinan diri namun memiliki banyak harta. Oleh itu, lelaki tersebut akan cuba mengambil kesempatan di atas kelemahan wanita yang sering kurang keyakinan diri untuk menjalin hubungan cinta tanpa menyimpan sebarang syak wasangka buruk pada pasangannya.


3) BOROS belanja.

      Cuba ajak lelaki yang anda curigai sebagai kaki pengikis pergi membeli-belah. Bagitahu padanya, anda baru sahaja mendapat bonus dan bermaksud untuk membelanjakannya. Biasanya, lelaki materialistik ini akan tampak lebih bersemangat untuk mencuba berbagai jenis barangan berjenama, terutama yang menjadi kegemarannya. Ketika dia terasa ingin memiliki barangan tersebut, ia akan bertanya, "Bagus tidak sayang?" Kalau anda menjawab bagus, ia akan berkata, "Aduh, sayangnya dompetku tertinggal di rumah. Kamu bayar dulu, ya?"


4) EGOIS dan PEMALAS.

      Lelaki kaki pengikis ini tidak pernah atau jarang memikirkan perasaan pasangannya. Dia tidak boleh menjadi teman untuk anda berkongsi masalah walau dalam apa jua keadaan sekali pun. Kerana dalam fikirinnya yang ada hanyalah cara untuk dia memujuk anda mengeluarkan wang demi keperluannya.


5) KEDEKUT

      Cubalah sesekali anda meminta bantuan kewangan dari lelaki dalam kategori ini. Atau anda berpura-pura kekurangan wang untuk membeli satu barangan penting dan minta dia membayarnya terlebih dahulu. Pasti lelaki kaki pengikis ini akan memberi pelbagai alasan agar dia tidak perlu mengeluarkan wangnya untuk anda walau apa jua alasan pun.





# hati-hati sewaktu memilih pasangan anda  =..=












← Past | Present →
Je t'aime ♥


Assalamualaikum n hye !
Nie belog kepunyaan saye, missp0tpet. Sori sgt2 law ade sape2 yg terase hati dgn ape yang saye coretkan. Em, tak suke dengan belog saye ? Nyah kamu dari sini !

Letta's
Daisypath Anniversary tickers





Cop tapak kaki

Hype k0rang !

Tinggalkan cop tapak kaki k0rang kat sini 0keyh. Tenkiu ;)





follow missp0tpet here!

Hype k0rang !

Follow saya kalau mahu. =)