Jangan buat !
Friday, 23 March 2012 | 2:18 am | 0 p0tpEt(s)
Assalamualaikum ^-^
Hype !
Islam kata JANGAN !
- JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal kerana waktu pagi itu pintu berkat terbuka.
- JANGAN makan tanpa membaca Bismillah dan Doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi dengan syaitan.
-JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah menjadikan manusia makhluk yang paling sempurna.
-JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
-JANGAN pakai selipar yang berlainan pasangan. Makhruh dan mewarisi kepapaan.
-JANGAN biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
-JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa. Mati boleh datang bila-bila masa.
-JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita salah.
-JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan dan hilang kebahagiaan.
-JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya dan kecewa apabila gagal.
-JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
-JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
-JANGAN biasakan berbohong. Itu ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
-JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
-JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
-JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Kerana semuanya untuk keselamatan kita.
Sumber : Facebook.